KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA
Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka yang tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal mereka dan kini kebudayaan mereka turut mengalami asimilasi dengan budaya tempatan.
Masyarakat India terbahagi kepada hierarki sosial tertentu. Hierarki ( Sistem Varna / Kasta)
- Prohita (Brahmin) – menjalankan upacara keagamaan
- Ksatriya – pemerintah
- Vaisya – pedagang dan rakyat biasa
- Dasa / Dasyu / Sudra – hamba abdi
- Pancama ata Chandala – mereka dibuang dari system Varna kerana melanggar peraturan-peraturan Varna atau hierarki
Sistem ini menjadikan masyarakat Hindu mempunyai jurang perbezaan sosial yang terlalu besar antara satu golongan dengan golongan yang lain. Masyarakat yang berada pada hierarki yang terendah kebanyakannya menanggung kesusahan dan merekalah yang terpaksa merantau ke negara-negara asing ynruk mencari rezeki.
1. Kepercayaan banyak tuhan. Agama hindu berbentuk (polytheistic) iaitu mempunyai banyak tuhan.
- Brahma - Tuhan Pencipta
- Vishu - Tuhan Pelindung
- Siva - Tuhan Pembinasa
2. Terdapat tuhan-tuhan lain.
- Indra - Tuhan Perang dan Cuaca
- Surya - Tuhan Matahari
- Agni - Tuhan Api
- Varuna - Tuhan Langit
- Lakshmi - Tuhan Kekayaan
3. Konsep Karma dan kelahiran semula. Masyarakat Hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu. Ini kerana mereka mempercayai konsep kelahiran semula. Oleh itu, bagi memastikan kelahiran semulanya kelak berada dalam kasta yang mulia, keperibadian di dalam hayat yang sedang dilalui perlulah baik dan berbudi.
4. Kitab-kitab Veda.
- Rig Veda
- Sama Veda
- Yajur Veda
- Atharya
- Brahmas
- Aranyakas
- Upanisads
PERAYAAN-PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT INDIA
|
Deepavali |
|
Perayaan ini juga dipanggil Perayaan Lampu. Diraikan dalam bulan kartikal dalam agama Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November. Masyarakat India meraikan hari ini sebagai symbol keterangan yang boleh menghalau kuasa jahat kegelapan. Di sebelah pagi pada hari perayaan ini, mereka akan bangun dan mandi dengan minyak wangi, mengenakan pakaian baru dan bersembahyang ataupun ke kuil. |
|
Thaipusam |
|
Perayaan yang mula diraikan di Tamil Nadu, India Selatan. Namanya diambil daripada bahasa Tamil sendiri, iaitu Thai merujuk pada bulan Januari atau Februari dan Pusam bermaksud perayaan. Perayaan ini sering diraikan secara besar-besaran di 3 buah kuil utama di negara ini, iaitu Kuil Sri Subramaniam di Ipoh, Kuil Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, Kuala Lumpur. Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan ini. |
|
Thai Pongal |
|
Perayaan ini merupakan perayaan penuai atau petani. Ia diraikan pada awal bulan “Thai”. Perayaan ini kurang disambut di bandar, tetapi masih diraikan oleh masyarkat India yang tinggal di ladang-ladang atau die stet-estet. |
PAKAIAN MASYARAKAT INDIA
Sari
Merupakan pakaian tradisi wanita India iaitu 6 ela kain dililitkan dikeliling badan dan dipakai bersama sehelai blaus.
Kurta atau Vesti
Kaum lelaki mengenakan pakaian putih ini untuk ke kuil atau perayaan tertentu
Dhotis
Pakaian lelaki iaitu kain berwarna putih