AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Bagi masyarakat cina mereka lebih kepada kepercayaan primitif /animisme (percaya kepada unsur alam  seperti angin, bumi dan air. Selain daripada itu juga  mereka akan percaya kepada dewa -dewa serta nenek moyang mereka dalam kehidupan seharian mereka. Antara amalan yang boleh dilihat sebagai kebudayaan dalam adat resam mereka ialah :

  Kalender orang Cina

  • Perhitungan hari orang Cina bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 hari atau 30 hari.
  • Ada 12 bulan dan setiap tahun dikenali dengan nama -nama binatang tertentu. Cukup 12 tahun, nama yang pertama akan di ulang -ulang.
  • Contoh seperti tikus, lembu jantan, harimau, arnab, naga, ular ,kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.
    Keinginan Mendapat Anak lelaki

  • Orang Cina berpendapat anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan sebagai orang yang akan mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia.
Pelajaran

  • Masyarakat Cina sejak beribu -ribu tahun dahulu  amat mementingkan pelajaran kerana mereka beranggapan, bagaimana miskinpun seseorang itu, bahawa mereka patut diberi peluang yang sama untuk diberi pelajaran.
  • Dengan pelajaran, dapat memajukan seluruh keluarga dan sanak saudara.

Upacara Pengebumian

  • Bagi orang Cina sekiranya seseorang itu menyambut hari lahir yang ke -60, menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki "persatuan keranda" dan perlu bayar yuran bulanan supaya apabila mati kelak, ia mempunyai keranda yang baik.
  • Mereka juga akan mengadakan perarakan, apabila berlaku sebarang kematian dan akan di iringi bunyian muzik yang mana ia menelan kos yang besar.



 PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA

Samfoo - Pakaian tradisional lelaki Cina yang diubahsuai menggunakan fabrik satin

Cheongsam - Pakaian tradisional wanita

Cheongsam Qipao - Pakaian untuk lelaki

 PERAYAAN DALAM MASYARAKAT CINA

PERAYAAN

HURAIAN

Tahun Baru Cina

Mengutamakan perjumpaan keluarga.

Memastikan semua hutang dibayar dan akaun ditutup.

Dirayakan selama 3 minggu

Chap Goh Mei

Hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina.

Juga dikenali sebagai Perayaan Lampu

Perayaan Ching Ming

Hari terakhir bulan 2 mengikut kalendar lunar.

Sembahyang dan bersihkan kubur.

Perayaan Hantu Lapar

Dirayakan pada hari ke-15 bulan 7 mengikut kalendar lunar

Terkenal di Pulau Pinang

Diraikan sempena kisah Mu Lien atau Ti Tsang Wang menyelamatkan ibunya daripada syaitan kelaparan

Perayaan Kuih Bulan

Dirayakan pada hari ke-15 bulan 5 mengikut kalendar lunar

Meraikan kejayaan pemberontak menjatuhkan Monggol pada abad ke-14

Kuih Bulan dijadikan alat untuk menyampaikan mesej

Tanglung sebagai isyarat di puncak bukit