Welcome to The Heritage Lady blog....

Tumbuh berpunca
Punca penuh rahsia
Tajam tidak menikam lawan
Memaut tidak merebah kawan
Tetapi melingkar penuh mesra

Salam Budaya!!!


Kenali Budaya Malaysia...

Seperti yang sedia maklum, Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum mempunyai budaya yang unik dan warisan yang tersendiri. Misalnya, terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek. Walaupun berbeza, semua kaum saling menghormati budaya masing-masing.

Justeru, blog ini akan menampilkan keunikan setiap budaya yang ada di Malaysia, khusunya budaya orang Melayu,  Cina dan  India. Moga blog ini  ia menjadi satu persinggahan kepada masyarakat di luar sana untuk mengenali budaya di Malaysia dengan lebih dekat lagi.

 

Falsafah

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan masyarakat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan negara bangsa dan ketahanan negara. 

Last Carnival.mp3